Monday, November 28, 2022
27.1 C
Brunei

-

2 maut, banjir besar di Crete

ATHENS, 16 OKT – Dua orang terbunuh selepas hujan lebat membawa banjir besar ke pulau Crete di Greece, kata anggota bomba hari ini.

Hujan mula turun pagi kelmarin di pulau selatan Greece merupakan destinasi percutian popular, melanda wilayah Heraklion dengan teruk.

Anggota bomba Greece berkata mayat seorang wanita berusia 49 tahun ditemui di dalam laut hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat banjir tersebut kepada dua orang.

Manakala seorang lelaki berusia 50an ditemui mati selepas dia terperangkap di dalam keretanya ketika hujan lebat bermula kelmarin.

Kedua-dua individu tersebut dalam perjalanan ke Heraklion untuk bekerja, lapor televisyen awam Greek ERT.

Individu kedua yang hilang ditemui dalam keadaan selamat petang kelmarin.

Hujan lebat telah memaksa pemindahan beberapa buah keluarga hingga menyebabkan kerosakan besar di perkampungan tepi laut itu, di mana jalan raya menjadi sungai yang menghanyutkan segala-galanya dalam laluannya, lapor media tempatan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -