SEMPORNA, 13 JAN – Dua lelaki maut selepas bot laju yang dinaiki mereka berlanggar dengan sebuah bot pelancong dalam kejadian di kawasan perairan Laut Balimbang, dekat sini, semalam. Ketua Polis Daerah Semporna, Supt Mohd Sabri Zainol berkata dalam kejadian sekitar jam 9:45 pagi itu, kedua-dua mangsa warga asing berusia 45 dan 50 tahun disahkan meninggal