Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 maut dirempuh SUV di lapangan terbang

    MANILA, 4 MEI – Sebuah kenderaan merempuh pintu masuk di Lapangan Terbang Manila awal pagi hari ini, membunuh dua orang termasuk seorang kanak-kanak perempuan, menurut kenyataan pihak berkuasa.

    Palang Merah Filipina memaklumkan kanak-kanak perempuan itu berusia empat tahun, namun Setiausaha Pengangkutan, Vivencio Hizon menyatakan mangsa berusia lima tahun.

    Mangsa kedua merupakan seorang lelaki dewasa, menurut kenyataan kumpulan kemanusiaan tersebut.

    Tiga lagi individu cedera dalam kejadian itu dan sedang menerima rawatan di hospital, kata Hizon.

    Pemandu kenderaan berkenaan kini berada dalam tahanan polis, menurut pengendali lapangan terbang, New NAIA Infra Co.

    Puluhan anggota kecemasan dilihat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino mengelilingi sebuah SUV hitam yang merempuh dinding berhampiran pintu masuk.

    Kenderaan tersebut telah dialihkan dari lokasi kejadian.

    Pengendali lapangan terbang memaklumkan mereka sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyiasat insiden berkenaan. – AP

    Pasukan menyelamat bertugas di lokasi selepas sebuah kenderaan merempuh pintu masuk pelepasan di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Manila, di Manila, Filipina, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda