Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    2 maut ditembak di luar restoran AS

    WASHINGTON, 31 MAC – Dua maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tembakan di luar sebuah restoran di Memphis, Tennessee, lapor Xinhua memetik polis kelmarin.

    Kejadian berlaku lewat malam Rabu dan menurut pihak berkuasa tempatan, seorang daripada mangsa disahkan maut di tempat kejadian manakala seorang disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

    Lima mangsa lain, empat lelaki dan seorang wanita turut dikejarkan ke hospital.

    Setakat tahun ini, terdapat 131 kes tembakan besar-besaran di Amerika Syarikat. Arkib Keganasan Senjata Api mentakrifkan insiden tembakan rambang telah menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang ditembak, tidak termasuk penembak.

    Sementara itu, menurut data laman sesawang berkenaan, lebih 10,200 orang kehilangan nyawa akibat keganasan senjata api dalam tempoh tiga bulan lepas.

    Awal minggu ini, seorang individu lengkap bersenjata menyerang sebuah sekolah rendah swasta di Nashville, Tennessee, membunuh enam orang termasuk tiga pelajar berusia sembilan tahun, sebelum penyerang maut ditembak oleh polis. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...