Monday, May 12, 2025
27.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 maut pesawat rempuh bangunan

    MOSCOW, 27 JUN – Sebuah kapal terbang penumpang Rusia melewati landasan terbang, merempuh sebuah bangunan dan terbakar di lapangan terbang di Siberia hari ini, membunuh dua anggota kru, kata pegawai.

    Pesawat kecil An-24, dalam penerbangan dari Ulan-Ude di Siberia, cuba membuat pendaratan kecemasan di lapangan terbang Nizhneangarsk, kata kerajaan serantau Buryatia.

    Namun kapal terbang itu tersasar 100 meter dari landasan terbang dan ‘merempuh bangunan fasiliti pemprosesan bahan buangan.’

    “Kapal terbang itu terbakar,” katanya di laman Instagram.

    Dua anggota kru terbunuh dan 43 penumpang, termasuk seorang kanak-kanak, selamat.

    Penyiasat melancarkan satu siasatan dalam kemungkinan pencabulan peraturan keselamatan, kata penyiasat pengangkutan Siberia Timur dalam satu kenyataan.

    Kapal terbang itu milik syarikat penerbangan Angara dan sedang mengadakan penerbangan biasa. – AFP

    Gambar yang dikeluarkan oleh Kementerian Situasi Kecemasan Rusia untuk Republik Perkhidmatan Media Buryatia, anggota perkhidmatan kecemasan berada di tapak nahas sebuah pesawat udara Angara Airlines An-24 di Nizhneangarsk, Republik Buryatia, Rusia, kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda