MANILA, 30 MAC – Sebuah pesawat ringan terhempas di wilayah Pangasinan, utara Manila pagi ini, mengorbankan juruterbang dan seorang pelajar, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Pesawat latihan itu menjunam dan terhempas di kawasan lapang di bandar Lingayen, menyebabkan kedua-dua mangsa maut di tempat kejadian, menurut pihak berkuasa tempatan yang dipetik oleh beberapa media.
Tiada laporan mengenai mangsa lain setakat ini.
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden itu. – Bernama
