JAKARTA, 2 FEB – Sekurang-kurangnya dua orang dilaporkan terbunuh dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh hujan monsun lebat di wilayah timur Indonesia, Sulawesi Selatan, kata seorang pegawai hari ini.
“Dua maut akibat tanah runtuh sejak kelmarin. Pihak berkuasa telah menemui jasad mereka,” kata ketua agensi bencana wilayah Amson Padolo kepada media tempatan.
Jumlah keseluruhan penduduk tempatan yang terjejas akibat bencana itu masih dalam pengiraan, tambahnya.
Indonesia telah berdepan cuaca ekstrem dengan hujan lebat dan angin kencang sejak Disember lalu, yang membawa kepada beberapa siri bencana termasuk banjir dan tanah runtuh.
Menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) negara itu, kemuncak musim hujan adalah dari Januari hingga Februari. – Xinhua