Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 maut, tembakan di hospital Dallas

    DALLAS, 23 OKT – Polis Dallas mengenal pasti suspek dalam kejadian tembakan di sebuah hospital kelmarin di mana dua pekerja terbunuh dan lelaki bersenjata yang disyaki mengalami kecederaan.

    Polis berkata mereka menahan Nestor Hernandez, 30, selepas seorang pegawai polis Sistem Kesihatan Methodist menembak dan mencederakannya di Pusat Perubatan Methodist Dallas. Hernandez dibawa ke hospital tempatan lain untuk rawatan, lapor Dallas Morning News.

    Polis Methodist Health System, polis Dallas dan Dallas Fire-Rescue bertindak balas terhadap tembakan di dalam hospital sekitar jam 11 pagi, lapor Morning News.

    “Seorang pegawai polis berkenaan tiba di tempat kejadian, berdepan dengan suspek, dan melepaskan tembakan ke arah suspek,” kata jurucakap hospital Ryan Owens dalam satu kenyataan.

    Hernandez berdepan tuduhan bunuh. Pada masa tembakan dia berada dalam parol kerana rompakan dan memakai alat pantau khas polis, kata polis.

    “Keluarga Sistem Kesihatan Methodist berasa sedih atas kehilangan dua ahli pasukan tercinta kami,” menurut kenyataan yang dikaitkan dengan kepimpinan sistem itu.

    “Seluruh organisasi kami sedang bersedih dengan tragedi yang tidak dapat dibayangkan ini,” menurut hospital terbabit. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda