Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 meninggal dunia disyaki akibat penyakit meningitis meningokokus

    HANOI, 12 JUN – Dua individu dalam sebuah keluarga di wilayah utara Vietnam meninggal dunia disyaki akibat penyakit meningitis meningokokus, manakala dua ahli keluarga lain berada dalam keadaan kritikal, menurut Hospital Penyakit Tropika Kebangsaan hari ini.

    Seorang pesakit lelaki berusia 38 tahun yang sedang dirawat di jabatan kecemasan hospital itu berkata dalam tempoh lima hari sahaja, dua ahli keluarganya, anak perempuannya yang berusia 22 bulan dan ibunya, telah meninggal dunia selepas menunjukkan simptom seperti demam panas, sakit kepala dan cirit-birit.

    Dr Tran Van Bac, timbalan ketua jabatan kecemasan hospital itu, berkata punca kematian belum dapat dipastikan, tetapi terdapat risiko tinggi bahawa pesakit-pesakit itu dijangkiti penyakit meningitis meningokokus.

    Menurut doktor, penyakit meningokokus berjangkit dari manusia ke manusia melalui saluran pernafasan. Sukar untuk diagnosis awal kerana penyakit itu berkembang dengan cepat. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda