Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 pasukan PB sertai SMOGC 2017

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Okt – Dua buah pasukan dari Politeknik Brunei (PB) akan mewakili Brunei Darussalam untuk bersaing dalam Konvensyen Minyak dan Gas Persatuan Pelajar-pelajar Jurutera Petroleum Chapter Malaysia 2017 (SMOGC 2017) yang akan bermula esok di Regency’s Inn Hotel, Kuala Lumpur.

    Sehubungan itu, majlis sebelum perlepasan telah diadakan yang dihadiri oleh Pengarah PB, Denis Ho Mun Tai dan Pemangku Penolong Pengarah PB, Awang Alias bin Abu Bakar bersama Pemangku Ketua Sekolah Sains dan Kejuruteraan, Dr. Tang Shi Siong serta tiga orang pensyarah yang akan mengetuai pasukan PB bagi acara itu.

    Di majlis itu, Surah Al-Fatihah dibacakan oleh Awang Ahmad Bukhari bin Haji Emran yang diikuti dengan ceramah motivasi ringkas yang disampaikan oleh Denis Ho Mun Tai.

    Penglibatan PB dalam acara berkenaan disokong sepenuhnya oleh Persatuan Jurutera-jurutera Petroleum Seksyen Brunei dan Syarikat Minyak Brunei Shell yang mana ini merupakan penglibatan kali ke-3 PB dalam acara seumpamanya.

    Pasukan PB yang diketuai oleh tiga orang pensyarah iaitu Haji Muhammad Reizal bin Muhammad Ali, Awang Ahmad Bukhari bin Haji Emran dan Haji Abdul Muiz bin Haji Matali dari Jabatan Kejuruteraan Petroleum akan menyertai dua kategori iaitu Peraduan Rekaan Pelantar Minyak dan Petrobrain.

    Gambar ramai sebelum berlepas ke Kuala Lumpur bagi menyertai SMOGC 2017.

    Sebuah pasukan yang terdiri daripada empat orang pelajar iaitu Awang Muhammad Afiq Sufi bin Abu Sufyan, Corine Lim, Dayang Fazrina binti tuah dan Awang Muhammad Ashraf Fuad bin Muhammad Nizamuddin akan bersaing dalam Kategori Pelantar Minyak.

    Dalam kategori berkenaan, para pelajar akan diberikan siri ujian seperti membina model pelantar minyak dengan menggunakan bahan yang disediakan oleh pihak penganjur, ujian muatan beban, ujian keapungan, ujian gelombang dan membuat pembentangan mengenai rekaan pelantar minyak dalam tempoh lima minit kepada panel pakar.

    Pasukan berkenaan dipilih sebagai finalis bagi Peraduan Rekaan Pelantar Minyak yang diumumkan pada 15 Oktober lalu.

    Kategori Petrobrain pula diwakili oleh Dayang Siti Nurhidayah Akmal binti Haji Wahid, Dayang Nurul Farhanah binti Haji Jadid dan Dayang Siti Nur Alyana Syaqinah binti Awang Abdul Rahman yang akan bersaing dengan pasukan-pasukan lain dalam peraduan kuiz pantas.

    Setiap pasukan akan disoal dengan soalan teknikal dan bukan teknikal berkaitan industri minyak dan gas.

    Kedua-dua pasukan telah menjalani latihan intensif sejak sebulan yang lalu dan bersedia melakukan yang terbaik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda