Friday, June 21, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    2 pegawai penguat kuasa direman 4 hari

    KOTA BHARU, 21 MEI – Dua pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform di Malaysia direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah lebih RM23,000.

    Perintah reman terhadap kesemua mereka dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat di Mahkamah Majistret Kota Bharu, di Malaysia.

    Menurut sumber, kedua-dua pegawai penguat kuasa yang berusia 43 dan 29 tahun itu ditahan secara berasingan di pejabat mereka di Pengkalan Chepa, semalam.

    Beliau berkata suspek pertama meminta dan menerima RM13,000 manakala suspek kedua pula menerima RM10,000 iaitu sebagai dorongan untuk tidak menuduh pesalah di bawah Seksyen 39 (C) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan hanya dituduh di bawah kesalahan air kencing dan alat digunakan untuk mengambil dadah.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan kesemua suspek dan berkata siasatan masih berjalan dibawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – Bernama

    Dua pegawai penguat kuasa sebuah badan beruniform direman empat hari bermula hari ini atas dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM23,000. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Modi ketuai sambutan hari yoga India

    INDIA, 21 JUN – Sambil meregang, melengkungkan punggung dan melutut di atas tikar, Perdana Menteri nasionalis Hindu India, Narendra Modi, mengetuai ratusan orang melakukan...