Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Okt – Atas titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dua orang pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei telah dinaikkan dan ditetapkan ke pangkat Inspektor mulai 1 Mei 2017.
Mereka ialah Inspektor Mohd Nazmi bin Haji Ismail dan Inspektor Nor Rasidah binti Haji Mohd Sahamd.
Sehubungan itu, Majlis Pemasangan Tanda Pangkat telah diadakan di Mes Pegawai, Ibu Pejabat Polis Gadong, hari ini yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Pasukan Polis Diraja Brunei.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan pemasangan tanda pangkat ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam.