Monday, February 24, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 pelajar Pra-Vokasional timba pengalaman bekerja

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov – Dua pelajar perempuan Tahun 11 Program Pra-Vokasional Sekolah Menengah Menglait telah berjaya menamatkan latihan penempatan kerja di Little Gems Day Care Centre cawangan Kampung Kiarong dan menerima sijil masing-masing pada majlis ringkas, baru-baru ini.

    Turut hadir semasa majlis berkenaan ialah warga pengurusan Little Gems Day Care Centre, Pengetua Sekolah Menengah Menglait, Awang Mohidin bin Haji Noordin, pegawai-pegawai dari Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan dan guru kelas serta pelajar Program Pra-Vokasional Sekolah Menengah Menglait.

    Latihan penempatan kerja pelajar berkenaan telah berjalan selama enam bulan bermula 1 Februari hingga 31 Ogos lalu, dari 8 pagi hingga 12 tengah hari semasa hari persekolahan saja.

    Awang Mohidin dalam ucapannya telah menyampaikan rasa penghargaan atas sokongan Little Gems Day Care Centre dalam menyokong Program Pra-Vokasional melalui peluang yang diberikan kepada pelajar Program Pra-Vokasional menjalani latihan penempatan kerja.

    Semasa pelajar bekerja di Little Gems Day Care Centre, mereka telah menimba kemahiran, pengetahuan dan pengalaman bekerja yang sangat berharga.

    Pengiran Haji Zahari, Awang Mohidin bersama warga Pengurusan Little Gems Day Care dan Unit Akademik bergambar ramai bersama dua pelajar yang menerima sijil tamat penempatan kerja.

    Beliau juga menghargai sokongan yang diberikan oleh pihak Unit Akademik, Jabatan Sekolah-sekolah dalam membantu pihak sekolah mencari peluang penempatan kerja yang bersesuaian dengan kebolehan pelajar dan menguruskan permohonan penempatan kerja pelajar Program Pra-Vokasional kepada majikan.

    Pengurus Little Gems Day Care Centre, Pengiran Haji Zahari bin Pengiran Haji Ahmad mewakili pihak pengurusan juga memuji dan menyokong usaha Unit Akademik, Jabatan Sekolah-sekolah dalam membantu pihak sekolah mencari peluang penempatan kerja.

    Beliau berharap kerjasama di antara Little Gems Day Care Centre dan Unit Akademik, Jabatan Sekolah-sekolah akan terus berkekalan pada masa-masa hadapan.

    Dalam pada itu, beliau juga menyatakan bahawa pihak Pengurusan Little Gems Day Care Centre berminat untuk menawarkan peluang kepada para pelajar Program Pra-Vokasional menjalani latihan penempatan kerja di cawangan-cawangan Little Gems Day Care Centre pada masa akan datang sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya.

    Di majlis itu, Pengiran Haji Zahari menyampaikan sijil penyertaan kepada dua orang pelajar berkenaan. Bagi menghargai Little Gems Day Care Centre, Awang Mohidin telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderamata kepada Pengiran Haji Zahari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda