BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Julai – Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR), Darussalam Assets Sdn Bhd hari ini menghulurkan bantuan kewangan sepenuhnya kepada dua pelajar berkeperluan khas yang memerlukan sokongan semasa program pembelajaran mereka di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam selama setahun. Hadir menyampaikan sumbangan kewangan itu ialah Timbalan Menteri Kewangan (Pelaburan) yang