Sunday, November 17, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 pemain ski New Zealand terbunuh dalam runtuhan salji di Jepun

    TOKYO, 12 MAC – Dua pemain ski di pedalaman maut dalam runtuhan salji gunung di pulau utama paling utara Jepun, Hokkaido, menurut laporan berita.

    Mangsa yang maut dalam runtuhan salji kelmarin di Gunung Yotei setinggi 1,898 meter berasal dari New Zealand, menurut New Zealand Herald.

    Salji melanda tiga orang dalam kumpulan enam, menurut Kyodo News Jepun. Lelaki yang terselamat cedera di bahunya. – AP

    Gambar dari udara menunjukkan Gunung Yotei tempat runtuhan salji melanda sekumpulan pemain ski di pedalaman, di Kutchan, Hokkaido, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda