Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Dua pemenang ‘Online dan Offline’ dalam Kempen ‘I Love Philips’ telah menerima hadiah masing-masing di Intracorp Factory Outlet, Gadong, hari ini.
Pemenang online bagi kempen itu ialah Grace Coquilla Benosa manakala itu, pemenang offline pula ialah Saadiah Alias dengan kedua-duanya memenangi hadiah Philips
Garment Perfect Care Iron.
Kempen anjuran Intracorp (B) Sdn Bhd itu berlangsung hampir dua minggu dalam pertengahan bulan ini, yang antara lain untuk berkongsi pandangan mereka mengenai keistimewaan produk Philips.
Untuk pertandingan dalam talian, peserta dikehendaki mengikuti media sosial Intracorp di mana peserta perlu membuat komen dan tag tiga orang kawan dan komen yang mendapat like terbanyak menjadi pemenang.
Manakala itu, bagi kempen yang bermula beberapa hari lalu hingga awal bulan depan, pemenang online dan offline akan membawa pulang hadiah Philips Vacuum FC9350.
Sehubungan itu, orang ramai dialu-alukan untuk mengambil bahagian dalam kempen itu.
