Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    2 pendatang Mesir maut, 19 hilang bot terbalik

    KAHERAH, 30 OGOS – Sebuah bot yang membawa pendatang Mesir terlibat dalam satu insiden terbalik di luar pantai Libya, menyebabkan dua orang terkorban dan 19 lagi hilang serta dianggap terkorban, kata agensi Libya yang menentang pelarian secara haram pada Isnin, dalam tragedi pendatang terbaharu di Laut Mediterranean.

    Bot itu membawa 27 pendatang dan ditemui pada hujung minggu di luar bandar timur laut Tolmeitha, sekitar 110 kilometer timur Benghazi, kata Jabatan Membanteras Migrasi Haram. Agensi itu berkata dalam satu kenyataan bahawa sekurang-kurangnya enam pendatang terselamat daripada kapal karam itu. Dua mayat ditemui manakala 19 yang lain masih hilang dan dianggap mati, katanya.

    Rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook agensi itu menunjukkan penyelamat menyediakan air minuman kepada mangsa yang kehausan dan keletihan. Agensi tersebut berkata, bot itu berlepas dari Mesir dan terbalik di Libya. Ia tidak memberikan butiran lebih lanjut, termasuk apa yang menyebabkan bot itu terbalik. Para pendatang sedang belayar ke Eropah iaitu destinasi untuk beribu-ribu yang melarikan diri dari konflik dan kemiskinan di Timur Tengah dan Afrika. Puluhan ribu cuba menyeberangi Laut Mediterranean setiap tahun dalam usaha untuk sampai ke pantai Eropah.

    Libya sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi pusat perhentian bagi pendatang yang melarikan diri dari peperangan dan kemiskinan di Afrika dan Timur Tengah.

    Negara yang kaya dengan minyak itu mengalami huru-hara berikutan pemberontakan yang disokong Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) yang menggulingkan dan membunuh Moammar Gadhafi pada tahun 2011.

    Pemerdagangan manusia dalam beberapa tahun kebelakangan ini semakin meluas akibat daripada huru-hara di Libya, penyeludupan pendatang merentasi sempadan panjang negara dengan enam buah negara.

    Para pendatang kemudiannya dimasukkan ke dalam bot getah yang tidak lengkap dan kapal lain dan bertolak dalam pelayaran laut yang berisiko. Pegawai tidak menyatakan jenis kapal yang ditemui dalam kejadian hujung minggu itu. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...