Monday, May 12, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 pengadil bola sepak jalani latihan di KL

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Dalam usaha mempertingkat tahap profesionalisme dan pengetahuan dalam bidang pengadilan bolasepak, Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD) melalui Jabatan Pengadil FABD telah menghantar dua pengadil muda negara untuk menyertai AFC Referee Academy yang berlangsung di Kuala Lumpur bermula hari ini, 11 sehingga 15 Mei.

    Pemergian Mou’Azhzham Zamaksyarie bin Haji Marsidi dan Mohammad Adib bin Sumi adalah sebahagian daripada inisiatif pembangunan pengadil tempatan agar setanding dengan standard antarabangsa, khususnya di bawah kelolaan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

    Akademi ini menghimpunkan pengadil-pengadil dari seluruh rantau Asia untuk menjalani latihan intensif, bertukar pandangan, dan mempelajari pelbagai aspek penting dalam pengadilan bola sepak moden.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat berangkat kepada para peserta ialah Setiausaha Agung Persatuan Pengadil Bolasepak Brunei Darussalam, Haji Rozyman Aidit bin Haji Ibrahim, bersama tenaga pengajar tempatan (Local Football Referee’s Instructor), Degat Anak Chandau dan Hadimin bin Haji Shahbuddin.

    FABD berharap penyertaan para pengadil dalam program seumpama ini akan membawa pulangan ilmu dan pengalaman yang berharga, seterusnya menyumbang kepada peningkatan mutu pengadilan dalam arena bola sepak tempatan.

    Sesi bergambar sebelum berangkat menjalani latihan berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda