Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 penghulu, 16 ketua kampung baharu terima sijil lantikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 FEB – Dua penghulu mukim dan 16 ketua kampung yang baru dilantik di Daerah Brunei dan Muara telah menerima sijil lantikan masing-masing pada majlis yang berlangsung di Dewan Teater, Jabatan Daerah Brunei dan Muara, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan penyampaian sijil lantikan ialah Setiausaha Tetap (Perbandaran dan Daerah) di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Abdul Walid bin Haji Matassan. 

    Penghulu yang menerima sijil lantikan pada majlis itu ialah Penghulu Mukim Lumapas, Yang Berhormat Awang Amran bin Haji Maidin dan Penghulu Mukim Zon 2, Kampong Ayer, Awang Raimi bin Awang Rashid.

    Manakala itu, ketua-ketua kampung yang baru dilantik terdiri daripada Ketua Kampung Putat, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed; Ketua Kampung Lumapas B, Yang Berhormat Awang Muhamad Ali bin Tanjong; Ketua Kampung Belimbing, Yang Berhomat Haji Daud bin Jihan; Ketua Kampung Subok, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat; Ketua Kampung Menunggol, Haji Ibrahim bin Haji Osman; Ketua Kampung Pulau Baru-Baru, Sungai Bunga dan Tanjong Kindana, Awang Zaini bin Haji Salleh.

    Selain itu, Ketua Kampung Kapok, Awang Shahminan bin Haji Abdul Rahman; Ketua Kampung Sungai Tilong, Pengiran Haji Ruzaini bin Pengiran Haji Shahbuddin; Ketua Kampung Kawasan 2, RPN Lambak Kanan, Haji Omar bin Haji Sapar; Ketua Kampung Lambak B, Pengiran Jofri bin Pengiran Haji Zaidi; Ketua Kampung Jaya Setia, Jaya Bakti dan Burong Pingai Berakas, Awang Abdul Hafiz bin Haji Abdul Manan; Ketua Kampung Junjongan, Haji Tamam @ Haji Ahmad Shah Tamami bin Haji Timbang; Ketua Kampung Kilanas, Haji Mohammad Ameerolbahrynee bin Haji Abdul Hamid; Ketua Kampung Perpindahan Mata-Mata, Pengiran Muhammad Nurramzu Nazri bin Pengiran Haji Mohd Salleh; Ketua Kampung Kiulap, Haji Hassan bin Haji Mohammad; dan Ketua Kampung Menglait, Haji Othaman bin Haji Patra.

    Terdahulu, tetamu kehormat dalam ucapan alu-aluannya menyentuh mengenai tujuan Skim Perkhidmatan Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang telah dikuatkuasakan bermula pada 1 April 2015.

    Selepas penyampaian sijil-sijil lantikan, majlis diteruskan dengan bacaan ikrar oleh penghulu mukim dan ketua-ketua kampung yang baru dilantik dan kemudiannya menandatangani ikrar. Majlis diakhiri dengan ucapan daripada wakil penghulu mukim dan ketua-ketua kampung baharu berkenaan.

    Awang Abdul Walid ketika menyampaikan sijil lantikan, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda