Saturday, November 23, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 peserta negara wakili Forum Pengakap

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 NOV – Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam (PPNBD) telah menghantar dua wakil untuk menyertai Forum Pengakap, Diversity and Inclusion anjuran pergerakan Pengakap Rantau Asia Pasifik dengan kerjasama Scouts of China, di Taiwan.

    Hadir bagi mengucapkan selamat belayar kepada para peserta forum itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, hari ini ialah Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas; Pesuruhjaya Antarabangsa, Ritchie Siabu; dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei dan Muara, Haji Awang Mohd Khairul Anuar bin Haji Awang Mohd Salleh.

    Peserta negara diwakili oleh Pemangku Pesuruhjaya Pengakap Bahagian Pengakap Kelainan Upaya, Hajah Diana binti Haji Awang Ghani; dan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Brunei Muara Bahagian Pentabiran dan Kebudayaan, Dayang Rostini binti Haji Suhaili.

    Forum tersebut juga akan dihadiri oleh perwakilan pengakap dari 33 buah negara di rantau Asia Pasifik yang antara lain bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik melalui strategi berbeza dan prosedur yang dikemas kini serta diterima pakai di dalam memastikan perkembangan keahlian pengakap dalam pergerakan pengakap di setiap negara.

    Di samping itu, para peserta juga akan berkongsi pengalaman yang pernah mereka lalui dalam menjalankan Diversity and Inclusion di negara masing-masing. Forum selama empat hari itu bermula pada 24 hingga 27 November ini.

    Sesi bergambar ramai peserta bersama Dato Paduka Ar Haji Idris sebelum berlepas meninggalkan negara. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda