Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – McDonald’s Brunei memperkenalkan kembali Chicken McNuggets dengan dua pilihan sos yang popular sebelum ini iaitu ‘Honey Mustard’ dan ‘French Cheese’.
Chicken McNuggets dengan dua pilihan sos berkenaan hanya ditawarkan dalam masa terhad dan boleh didapati dalam menu ‘Happy Meals’ dengan pilihan empat, enam, sembilan atau 20 ketul nuget.
Bagi empat atau enam ketul nuget, pelanggan hanya boleh memilih satu sos manakala itu, bagi sembilan ketul nuget, pelanggan boleh memilih dua sos dan bagi 20 ketul nuget, pelanggan boleh memilih tiga sos.
Di samping itu, McDonald’s Brunei juga membawakan kembali BlueBerry McFlurry dan Blueberry Sundae, aiskrim beri biru manis yang disajikan dalam cawan sesuai sebagai pencuci mulut.
Kedua-dua hidangan tersebut boleh didapati bermula 4 Mei dari 11 pagi bagi Chicken McNuggets dengan sos baru dan seawal 7 pagi bagi BlueBerry McFlurry dan Blueberry Sundae. Kesemua produk tersebut boleh didapati di kedua-dua cawangan McDonald’s di negara ini.
