2 spesies gajah mati dibunuh di Sabah

LAHAD DATU, 1 Jan – Pasukan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) dan Unit Perlindungan Hidupan Liar (WRU) amat sedih dengan insiden dua ekor gajah jantan liar mati dibunuh oleh pemburu haram berhampiran Sungai Segama, Hutan Simpan Kawag. Gajah jantan pertama ditemui mati pada 27 Dis 2016 di tengah-tengah kawasan ladang bersempadan Hutan Simpan Kawag.

Gajah jantan kedua yang ditemui mati ialah gajah bergading bernama Sabre yang sebelumnya diselamatkan dari ladang dekat Tawau dan dipindahkan ke Hutan Simpan Kawag tiga bulan lalu selepas dipasang kolar satelit oleh DGFC dan WRU.

“Kami menemui bangkai Sabre di ambang Tahun Baharu dengan kolar satelit ditemui di sebelah tengkorak,” kata pengarah DGFC Benoit Goossens dalam satu kenyataan hari ini.

Seekor gajah yang dibunuh pemburu haram untuk diambil belalainya ketika ditemui di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Hutan Simpan Kawag, Lahad Datu pada 27 Disember lalu.  – Bernama
Seekor gajah yang dibunuh pemburu haram untuk diambil belalainya ketika ditemui di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Hutan Simpan Kawag, Lahad Datu pada 27 Disember lalu.  – Bernama

Beliau berkata Sabre diselamatkan dari sebuah ladang dekat Tawau awal Oktober tahun lepas dan dipasang kolar satelit sebelum dilepaskan di hutan simpan dekat Danum.

“Dalam tempoh sebulan, Sabre dan seekor lagi gajah jantan yang besar diburu oleh pemburu haram untuk mendapatkan gading. Bangkai kedua-dua ekor gajah dijumpai 1,500 meter antara satu sama lain walaupun gajah gajah itu tidak mati dibunuh pada masa yang sama,” kata beliau.

Goossens berkata Sabre dibunuh pada 21 Nov 2016, menurut data satelit. – Bernama