Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    2 suspek pengganas ditahan di Indonesia

    JAKARTA, 26 MEI – Polis Indonesia kelmarin berkata bahawa skuad anti pengganasnya telah menahan dua suspek pengganas di bandar Malang, wilayah Jawa Timur.

    Jurucakap Polis Negara, Ahmad Ramadhan memberitahu sidang akhbar bahawa seorang suspek, dipercayai mempunyai kaitan dengan rangkaian pengganas kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) yang diharamkan, telah ditahan pada Selasa.

    Polis menahan seorang lagi suspek yang dikaitkan dengan kumpulan pelampau tempatan Jamaah Ansharut Daulah (JAD) pada Rabu, kata Ramadhan.

    Jurucakap itu berkata, skuad anti keganasan merampas bukti semasa serbuan itu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -