Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Dua buah syarikat dan dua individu telah dikenakan kompaun oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) baru-baru ini kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30).
Kedua-dua buah syarikat tersebut masing-masing dikenakan kompaun sebanyak $500 dan $1,000, sementara individu pertama dikenakan kompaun sebanyak $100 dan individu dikenakan kompaun sebanyak $100.
Jika gagal melunaskan denda, kes akan dibawa ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian (Penggal 30) iaitu jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman tidak melebihi $9,000 bagi individu dan tidak melebihi $30,000 bagi syarikat atau penjara tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.
Pihak JDBM juga ingin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai pembuangan sampah yang menyalahi undang-undang dengan menyertakan alamat lokasi berserta gambar-gambar melalui pesanan WhatsApp 8321581.

