Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 syarikat kena kompaun

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JULAI – Dua buah syarikat telah dikenakan kompaun oleh Unit Penguatkuasaan, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Rampaian 2021, Penggal 30 kerana membuang sampah berbagai-bagai jenis di tempat awam, hasil rondaan pada 20 Julai.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Tutong, di sini, menyatakan bahawa dua buah syarikat berkenaan telah dikenakan denda kompaun sebanyak $1,000.00 dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam 7 hari.

    Jika gagal membayar denda berkenaan dalam masa 7 hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan maka syarikat itu boleh dihadapkan ke mahkamah.

    Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $2,000.00 dan tidak melebihi $10,000.00 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang dari $10,000.00 dan tidak melebihi $30,000.00, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis perniagaan supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan, menumpahkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Antara sampah yang ditinggalkan syarikat berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda