Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 tahanan Pakistan ‘bebas’ dari Guantanamo

    WASHINGTON, 24 FEB – Pegawai Amerika Syarikat (AS) menghantar pulang ke negara asal dua adik-beradik warga Pakistan kelmarin selepas dua dekad ditahan di penjara tentera Teluk Guantanamo, tanpa didakwa atas sebarang tuduhan.

    Abdul dan Mohammed Rabbani adalah banduan terbaharu dibebaskan daripada tahanan AS, yang berusaha ke arah mengosongkan dan menutup terus penjara itu.

    Dua beradik itu pada asalnya diserahkan kepada kawalan AS selepas pihak berkuasa Pakistan menahan mereka di Karachi pada 2002.

    Pihak berkuasa AS menuduh mereka berdua membantu anggota Al-Qaeda dengan menyediakan rumah perlindungan dan sokongan logistik peringkat bawahan.

    Mereka mendakwa diseksa ketika di bawah tahanan Agensi Perisikan Pusat (CIA), sebelum dipindahkan ke Guantanamo.

    Rekod tentera AS menunjukkan mereka tidak banyak menawarkan maklumat risikan yang bermakna selain hanya menafikan kenyataan awal mereka, dengan mendakwa ia diperoleh secara paksaan dan deraan fizikal.

    Tentera AS mengumumkan penghantaran pulang dua beradik itu dalam satu kenyataan, tanpa mengulas lanjut mengenai syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Pakistan berhubung penghantaran pulang mereka. – AP

    Gambar menunjukkan bendera berkibar setengah tiang sempena memperingati tentera dan mangsa yang terbunuh dalam serangan pengganas di Kabul, di Pangkalan Tentera Teluk Guantanamo, Cuba. Pegawai AS telah memulangkan dua warga Pakistan ke negara asal mereka. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda