Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Telefon jenama nubia di bawah Syarikat China ZTE kini memasuki pasaran Negara Brunei Darussalam dengan pengumuman rasminya di Mobile World, Gadong, hari ini. Bersama perasmian ini, dua model telefon pintar nubia turut diperkenalkan iaitu nubia M2 dan nubia M2 Lite dari kelas pertengahan dan dengan kuasa tertinggi.