TORONTO, KANADA, 1 NOV – Dua orang terbunuh dan lima cedera dalam serangan Halloween di Quebec oleh suspek yang memegang pedang dan memakai pakaian abad pertengahan, kata polis Kanada hari ini.
Serangan itu berlaku di kawasan Old Quebec di bandar berkenaan.
“Suspek seorang lelaki berusia pertengahan 20an, bersenjatakan pedang dan berpakaian abad pertengahan,” kata jurucakap polis Quebec.
Lelaki itu ditangkap sebelum jam 1 pagi. Polis belum menyatakan motif serangan.
Polis meminta penduduk bandar tinggal di dalam rumah dengan pintu terkunci semasa siasatan mereka dijalankan. – AFP