Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 terbunuh bangunan runtuh di India

    NEW DELHI, 15 APRIL – Sekurang-kurangnya dua maut dan beberapa yang lain cedera apabila sebuah bangunan dua tingkat runtuh di negeri Uttar Pradesh, utara India pada petang semalam, polis tempatan mengesahkan kepada Xinhua.

    Beberapa individu masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan kerja-kerja menyelamat masih dijalankan, tambah polis.

    Bangunan itu runtuh di kawasan Jansath di daerah Muzaffarnagar di Uttar Pradesh. Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan berada di lokasi menjalankan operasi menyelamat, lapor media tempatan.

    Kira-kira 15 orang dimasukkan ke sebuah hospital tempatan, menurut laporan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda