PHNOM PENH, 31 JAN – Dua penduduk tempatan maut dalam kebakaran di sebuah kelab malam di wilayah barat daya Kemboja, Preah Sihanouk malam tadi, ketua polis wilayah berkata hari ini.
Kebakaran berlaku pukul 8 malam waktu tempatan di kelab malam Julie & Anna di Sihanouk-ville apabila seorang pekerja sedang mengimpal batang tirai dan percikan api pengimpalan yang jatuh pada busa penebat bunyi di dinding mencetuskan api, ketua polis wilayah Preah Sihanouk, Chuon Narin berkata dalam satu laporan.
“Seorang pengimpal lelaki dan seorang pelayan kelab maut dalam kebakaran itu,” katanya, sambil menambah tiga pekerja lain turut cedera. – Xinhua