Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 wakil Brunei hadiri majlis pengiktirafan Qari Asia Tenggara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 OGOS – Dua orang wakil Negara Brunei Darussalam petang kelmarin berlepas bagi menghadiri Majlis Pengiktirafan Qari Terkemuka Asia Tenggara anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Muslim World League (MWL), yang akan berlangsung hari ini di Dewan Merdeka, World Trade Centre Kuala Lumpur, Malaysia.

    Pegawai Pelajaran di Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Qari Awang Mohamad Hashim bin Haji Abdullah, serta Pegawai Pendidikan Ugama di Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Haji Mohamad Zul-Hafiz bin Awang Tengah telah berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pagi tadi.

    Majlis berkenaan diadakan bagi mengiktiraf sumbangan serta pencapaian para Qari unggul dari rantau Asia Tenggara dalam memartabatkan seni tilawah Al-Quran, di samping menghargai peranan mereka sebagai tokoh inspirasi ummah. Ia juga bertujuan menggalakkan generasi muda meneladani keilmuan dan keperibadian para Qari serta memperkukuh hubungan silaturahim antara negara-negara serantau melalui medium Al-Quran.

    Turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei bagi mengucapkan selamat belayar kepada dua wakil negara berkenaan ialah Pegawai Pelajaran Kanan di Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS, Haji Mohammad Romeezy @ Abdul Qayyum bin Haji Metusin.

    Qari Awang Mohamad Hashim dan Haji Mohamad Zul-Hafiz belepas ke majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda