Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 wanita Indonesia kena penjara tinggal lebih tempoh

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Nov – Dua wanita warga Indonesia yang tinggal melebihi tempoh di negara ini, masing-masing dijatuhi hukuman empat bulan penjara oleh Mahkamah Majistret.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman menjatuhkan hukuman itu terhadap Siti Saropah binti Samad Karto, 43, atas kesalahan tinggal selama 636 hari selepas pas melawat yang dikeluarkan kepadanya mansuh pada 4 Februari 2016.

    Ngatemi Sukad, 40, pula menghadapi tuduhan tinggal selama 538 hari selepas pas melawatnya mansuh pada 13 Mei 2016 dan mendakwa berada di negara ini untuk mencari pekerjaan.

    Kedua-dua mereka diberkas dalam operasi yang dijalankan oleh sepasukan penguat kuasa imigresen di sebuah rumah sewa di Kampung Serasa, pada 2 November 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda