Friday, November 15, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 warga asing hadapi tuduhan rasuah

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Jan – Dua warga asing dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan rasuah.

    Dendi Nirwana dari Indonesia didakwa menawarkan rasuah $50 kepada seorang pegawai polis untuk tidak mengambil tindakan ke atasnya atas kesalahan memandu tanpa memiliki lesen yang sah.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Jalan Berakas, pada 15 Disember 2015.

    Dalam bilik mahkamah sama, seorang wanita warga Filipina turut didakwa atas kesalahan yang sama.

    Priscilla Topacio Verdad berdepan tuduhan memberi rasuah berupa dua keping baucar minuman Hua Ho bernilai $19 kepada seorang penolong pegawai projek (Gred 1) dari Unit Pengurusan Estet dan Pembangunan Projek, Kementerian Kesihatan pada 23 Julai 2014.

    Di didakwa melakukan kesalahan itu sebagai dorongan untuk memproses pembayaran projek kepada Juredco Enterprise Sdn Bhd bagi pembekalan dan penghantaran kelengkapan senaman untuk Kementerian Kesihatan.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid bagaimanapun menangguhkan sebutan untuk memberi kedua-dua tertuduh masa mempertimbangkan pengakuan mereka dan juga bagi mendapatkan khidmat guaman.

    Majistret Dewi Norlelwati menetapkan 27 Februari untuk sebutan semula kedua-dua kes tersebut dan membenarkan kedua-duanya diberi ikat jamin.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda