Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    2 warga asing miliki barang tegahan kena denda

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Jan – Dua lelaki dihukum denda oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan memiliki rokok dan minuman keras tanpa cukai.

    Chang Foh Hin dari Malaysia dijatuhi denda $13,400 selepas mengaku bersalah memiliki 17 karton rokok dan 48 tin minuman keras tanpa kebenaran pihak kastam ketika pemeriksaan dijalankan di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 17 Januari 2018 pada jam 10:20 pagi.

    Majistret Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan defendan untuk membayar denda, hari ini, atau berdepan hukuman 12 bulan penjara.

    Dalam bilik mahkamah sama, Mohammad Abdul Mazid berusia 27 tahun dari Bangladesh turut mengaku salah memiliki empat karton rokok dan dikenakan denda $3,200 atau berdepan enam bulan penjara.

    Dia didakwa memiliki barang tegahan itu di Kampung Burong Pinggai, Berakas pada 12 Januari 2018 pada jam 9:43 malam.

    Kedua-dua defendan bagaimanapun membayar denda tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda