Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 ahli PGGMB tinjau pendidikan Labuan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Seramai 20 orang guru Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan dan sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan, kelmarin.

    Rombongan itu diketuai oleh Setiausaha Agung PGGMB, Cikgu Haji Mustapa bin Haji Masri dan disertai oleh Timbalan Setiausaha Agung (Luar Negeri), PGGMB, Cikgu Haji Yahya bin Haji Mirasan, ahli-ahli JKTT PGGMB, guru-guru besar dan guru-guru sekolah PGGMB.

    Semasa lawatan kerja berkenaan, rombongan bukan sahaja akan mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan tetapi juga ke sekolah-sekolah kerajaan di Labuan iaitu SK Kullam dan SK Keruang serta Sekolah Antarabangsa Labuan.

    Lawatan kerja itu bermatlamat untuk menimba ilmu tatacara pengurusan sekolah yang efektif, teknik terkini dalam meningkatkan pencapaian murid sekolah dan menjalinkan kolaborasi serta kerjasama dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan antara kedua-dua pihak.

    Gambar ramai Cikgu Haji Mustapa bersama guru-guru PGGMB dalam lawatan berkenaan kelmarin.- GAMBAR SERAHAN PGGMB
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda