Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 anak yatim diraikan dalam majlis sungkai

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 MEI – Bagi meraih keberkatan Ramadan, Restoran De Hayat Cafe (Soto Pabo) tidak ketinggalan meraikan anak-anak yatim khususnya anak-anak yatim di Daerah Brunei dan Muara.

    Seramai 20 orang anak-anak yatim diraikan pada majlis berbuka puasa dan sumbangan derma di restoran tersebut kelmarin. Hadir menyampaikan derma ialah pemilik restoran, Pengiran Haji Abu Bakar bin Pengiran Haji Osman dan Ketua Cef, Dayang Diana binti Haji Untong. Majlis dihasratkan dapat menggembirakan anak-anak yatim dan juga meringankan bebanan keluarga mereka menjelang Lebaran. Majlis diadakan dengan mengikuti saranan Kementerian Kesihatan melalui imbasan kod QR BruHealth, pemeriksaan suhu badan dan menggunakan gel pensanitasi tangan sebelum memasuki restoran, menurut Haji Abu Bakar.

    Antara anak yatim yang menerima sumbangan derma daripada pemilik dan tukang masak restoran.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda