BEIRUT, 11 OGOS – Lelaki bersenjata telah menyerang hendap sebuah bas yang membawa askar Syria di timur negara itu, membunuh sekurang-kurangnya 20 dan mencederakan yang lain, kata aktivis-aktivis pembangkang, hari ini.
Serangan malam kelmarin itu dipercayai dilakukan oleh anggota kumpulan Islamic State (IS) yang melancarkan serangan-serangan maut ke atas kumpulan tidak aktif di beberapa kawasan Syria meskipun ditewaskan pada 2019.
Pusat Pemantauan Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata 23 askar Syria terbunuh dan 10 cedera dalam serangan di jalan padang pasir berhampiran bandar timur Mayadeen di wilayah Deir el-Zour yang bersempadan dengan Iraq.
Seorang lagi aktivis yang membuat liputan berita di timur Syria berkata 20 askar terbunuh dan yang lain cedera.
Agensi berita negara Syria SANA memetik seorang pegawai tentera yang tidak disebutkan namanya, berkata bahawa serangan itu berlaku malam kelmarin, membunuh dan mencederakan sejumlah askar. Ia tidak memberikan butiran lanjut atau perincian mengenai jumlah mangsa. – AP










