Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 atlet sertai Kem Sukan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 DIS – Seramai 20 orang peserta berusia 11 hingga 20 tahun telah menyertai Kem Sukan Lawan Pedang 2022 yang berlangsung di kawasan Pusat Belia Bandar Seri Begawan dan Dewan Sukan Lawan Pedang, Kompleks Sukan Menglait, Gadong, baru-baru ini.

    Kem anjuran Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS), melalui Unit Kejurulatihan dan Pembangunan Sukan (UKPS), Bahagian Sukan dengan kerjasama Persekutuan Lawan Pedang Negara Brunei Darussalam itu berlangsung selama tiga hari bermula 1 Disember lalu.

    Para peserta terdiri daripada atlet pembangunan sukan lawan pedang di bawah skim latihan JBS.

    Ia dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih lawan pedang JBS, Rocky Poerawinata dan Mohamed Haerullah dengan turut dibantu oleh pihak Persekutuan Lawan Pedang Negara Brunei Darussalam.

    Majlis penutup telah diadakan pada 3 Disember di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim.

    Turut hadir ialah ibu bapa atlet yang mengikuti program berserta pegawai-pegawai JBS.

    Program Kem Sukan Lawan Pedang itu merupakan inisiatif jurulatih-jurulatih UKPS, Bahagian Sukan, JBS untuk menghimpunkan sekumpulan atlet pembangunan di bawah Skim Latihan LTAD yang berpotensi, terbaik serta berbakat.

    Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menimba pengalaman, pengetahuan dan kemahiran yang menarik dengan mendedahkan teknik, sistem permainan serta undang-undang yang sistematik selain menanam minat serta mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan berkenaan seterusnya diserapkan ke dalam skuad pelapis muda kebangsaan.

    Para peserta bergambar ramai semasa program berkenaan. – Gambar serahan Jabatan Belia dan Sukan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda