Tuesday, July 2, 2024
22 C
Brunei

    -

    20 belia sertai Rainforest Youth Summit di Sarawak

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Seramai 20 orang belia telah meninggalkan tanah air kelmarin bagi menyertai Program Rainforest Youth Summit 2024 yang berlangsung di Kuching Sarawak, Malaysia.

    Rombongan yang terdiri daripada golongan belia dari institusi pengajian tinggi, pusat tingkatan enam dan pergerakan belia di Brunei itu dihantar untuk menyertai program berkenaan oleh Majlis Belia Brunei (MBB) melalui jemputan khas daripada pihak penganjur di mana program akan berjalan selama tiga hari bermula hari ini hingga 28 Jun nanti.

    Rombongan diketuai oleh Timbalan Bendahari Agung Tertinggi MBB, Awang Mohammad Nazib bin Haji Lamat.

    Sidang kemuncak bertemakan Memperkasa Belia untuk Masa Depan Lestari berkenaan akan menampilkan sesi perkongsian ilmu, ceramah inspirasi dan bengkel-bengkel daripada 25 orang penceramah global yang memberi fokus antaranya kepada pemuliharaan biodiversiti dan ekosistem, penyesuaian iklim dan pembangunan lestari.

    Program berkenaan disokong oleh kerajaan Negeri Sarawak dan dihoskan oleh Lembaga Pelancongan Sarawak, di mana ia merupakan peluang yang amat bermakna bagi para belia untuk menimba ilmu dan pengalaman serta menjalin hubungan dengan belia lain dari rantau ini.

    Seramai 1,000 orang peserta dari seluruh ASEAN dan Sarawak akan menghadiri program sidang kemuncak ini. Ia juga diharapkan dapat menginspirasi dan memperkasa generasi muda untuk memainkan peranan yang aktif dalam memajukan agenda pembangunan lestari.

    Rombongan yang menyertai program tersebut bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR SERAHAN MAJLIS BELIA BRUNEI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S wujudkan kementerian populasi, tangani penuaan, kadar kelahiran rendah

    SEOUL, 1 JULAI – Korea Selatan akan mewujudkan kementerian baharu bagi menangani kadar kelahiran rendah dan isu penuaan penduduk yang menjadi antara cabaran terbesar...