Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 berpeluang menangi cabutan KIA EV6

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Seramai 20 orang pelanggan bertuah telah dipilih untuk menyertai Cabutan Utama Promosi Drive into the Future with Kia, yang akan diadakan di Dewan Pameran Kia, Beribi pada 19 Julai nanti.

    Sehubungan dengan itu, acara cabutan bagi pemilihan 20 orang pelanggan bertuah berkenaan telah diadakan secara atas talian di Dewan Pameran Kia, Beribi hari ini.

    Promosi istimewa oleh Grand Motors Sdn Bhd iaitu pengedar eksklusif kenderaan Kia di Negara Brunei Darussalam diadakan bagi meraikan ulang tahun Ke-40 syarikat berkenaan.

    Promosi yang diadakan dari 1 Januari hingga 30 Jun 2024 telah disertai lebih 1,300 orang pelanggan untuk merebut hadiah utama promosi iaitu sebuah kenderaan Kia EV6.

    Di samping hadiah utama berkenaan, hadiah-hadiah menarik yang lain juga menanti para pelanggan bertuah termasuk Boeffi Bovalino 2 Massage Chair, iPhone 15 Pro Max 512 GB, iPhone 15 Pro, Macbook Air, Apple Watch Ultra, Mac Mini, Xbox Series X, Harman Kardon Wireless Speaker, Nintendo Switch dan hadiah wang tunai $200.

    Promosi itu membuktikan komitmen tidak berbelah bahagi daripada Grand Motors kepada pelanggannya selama 40 tahun dalam menyampaikan perkhidmatan terbaik dan berkualii tinggi kepada pemilik kenderaan Kia serta pengalaman pemilikan yang benar-benar memberi ganjaran.

    Nama-nama pelanggan yang telah disenaraikan kini telah dimuat naik ke laman sosial media rasmi Kia Brunei.

    Pegawai- pegawai jualan Grand Motors akan menghubungi mereka yang terpilih untuk menjelaskan maklumat lanjut bagi cabutan utama yang dijadualkan pada 19 Julai di Dewan Pameran Kia, Beribi.

    Acara cabutan atas talian yang dijalankan untuk memilih 20 pelanggan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda