Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 cedera akibat gelora di udara penerbangan Jerman

    BERLIN, 2 MAC – Beberapa penumpang cedera akibat gelora udara semasa dalam penerbangan dari bandar Frankfurt ke Mauritius kelmarin, lapor agensi berita Jerman dpa.

    Kira-kira 20 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan Condor DE2314 cedera apabila pesawat itu mengalami angin ribut kira-kira dua jam sebelum mendarat, kata jurucakap syarikat penerbangan kepada dpa.

    Mauritius adalah sebuah kepulauan yang pulau utamanya adalah kira-kira 2,000km dari pantai tenggara Afrika.

    Jurucakap syarikat penerbangan itu berkata mereka yang cedera menjalani pemeriksaan perubatan. Tidak dapat dipastikan tahap kecederaan mereka, lapor dpa. Kabin pesawat itu dikatakan turut rosak tetapi tiada maklumat lanjut. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda