Sunday, October 13, 2024
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 cedera dalam banjir kilat

    TEHRAN, 19 SEPT – Banjir kilat telah mencederakan 20 orang di utara Iran, selepas apa yang disifatkan pegawai sebagai hujan paling lebat di rantau itu dalam tempoh satu abad, lapor media Iran.

    Hujan lebat telah melanda bandar Astara dan Talesh, di pantai Laut Caspian berhampiran sempadan dengan Azerbaijan sejak Ahad, menurut laporan itu.

    “Hujan lebat… telah turun di Astara yang tidak pernah dilihat sejak 100 tahun lalu,” kata ketua pengurusan krisis wilayah Gilan, Amir Moradi kepada agensi berita ISNA kelmarin.

    Dua puluh orang telah cedera, lapor agensi berita Mehr.

    Agensi berita negara, IRNA memetik pegawai sebagai berkata bahawa lebih banyak banjir dijangka hari ini di wilayah Gilan dan daerah barat Mazandaran.

    Banjir telah menyebabkan sebuah jambatan di Astara runtuh dan memusnahkan satu lagi jambatan, lapor agensi berita Tasnim.

    Ia berkongsi imej pasukan kecemasan membantu pemandu untuk keluar dari kenderaan yang ditenggelami air sebahagiannya.

    Sistem sungai yang mengalir dari banjaran gunung Iran yang luas menjadikannya terdedah kepada banjir kilat. – AFP

    Orang ramai melihat kesan kemusnahan akibat banjir besar di bandar Astara di wilayah Gilan, barat laut Iran baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda