Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 cedera pengeboman di selatan Thailand

    BANGKOK, 17 MAC – Sekurang-kurangnya 20 orang cedera apabila pengebom meledakkan sebuah pejabat utama kerajaan di selatan Thailand yang dibelenggu pemberontakan hari ini ketika beratus-ratus pegawai tempatan dan ulama mengadakan perjumpaan bagi membincangkan usaha menangani COVID-19.

    Pejabat Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan di wilayah Yala menyelaraskan dasar kerajaan di kawasan pemberontakan pemisah Islam itu semenjak 2004 yang membawa kepada kematian kira-kira 7,000 orang awam, askar, kakitangan kerajaan dan pemberontak.

    Tiga wilayah paling selatan Thailand, Pattani, Narathiwat dan Yala merupakan wilayah majoriti Muslim di negara didominasi Buddha, Thailand itu.

    Hospital Yala melaporkan 20 orang cedera dalam serangan, namun tiada yang cedera parah, kata Kolonel Pramote Prom-in, jurucakap bagi pusat pentadbiran itu. Video pemantauan menunjukkan pengebom meletakkan trak pikap di tengah dan kemudian meletakkan bahan letupan lain di tengah-tengah jalan sebelum melarikan diri menaiki motosikal yang diletakkan di sana,” kata kolonel polis, Naravee Binwae-arong. – AP

    Polis penyiasat memeriksa bom kereta susulan letupan di luar pejabat kerajaan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan di Yala, selatan Thailand yang bergolak. Kira-kira 20 orang cedera dalam letupan itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda