Sunday, December 10, 2023
28.8 C
Brunei

    -

    20 ditangkap dalam serbuan dadah

    PERANCIS, 20 NOV – Polis Perancis hari ini menangkap 20 orang dalam serbuan dadah besar-besaran ke atas rangkaian pengedaran dadah di bandar selatan Nimes, di mana pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dalam insiden berbalas tembakan pada bulan Ogos mengejutkan penduduk negara itu, kata pendakwa.

    Seorang wartawan AFP di tempat kejadian di kawasan Pissevin yang dilanda jenayah di Nimes melihat pengawal-pengawal geng memberi amaran ketika polis tiba di antara blok perumahan tinggi.

    Beberapa orang pegawai dihantar ke tapak berhampiran pusat beli-belah Wagner yang usang, di mana kanak-kanak berusia 10 tahun – yang hanya dikenali sebagai Fayed dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan perdagangan dadah – terkena peluru sesat pada 21 Ogos.

    Sembilan orang telah ditangkap minggu lalu di Nimes dan bandar pelabuhan Mediterranean Marseille berkaitan dengan kematian Fayed. Pendakwa berkata serbuan terkini mengikuti “beberapa siasatan antara Julai dan November”.

    Polis menemui lapan kilogram (18 paun) daun kanabis, tujuh kilogram resin kanabis, 1.3 kilogram kokain, dan 500 pil ekstasi, serta beberapa ribu euro dalam bentuk tunai dan senjata api, tambah mereka.

    “Penyiasatan akan berterusan semasa suspek berada dalam tahanan,” kata Gensac. – AFP

    Seorang pegawai polis membuat rondaan di selatan Nimes pada 11 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    India larang eksport bawang

    NEW DELHI, 8 DIS – India melarang eksport bawang sehingga Mac tahun depan bagi meningkatkan bekalan domestik selain membendung inflasi pengguna. Kerajaan memutuskan untuk memindahkan...