20 ditembak mati di gelanggang sabung ayam

BANDAR MEXICO, 29 MAC – Lelaki bersenjata membunuh sekurang-kurangnya 20 orang di gelanggang sabung ayam rahsia di Mexico, dalam apa yang disifatkan oleh Presiden Andres Manuel Lopez Obrador kelmarin sebagai ‘pembunuhan beramai-ramai’ yang melibatkan saingan kumpulan penjenayah.

Serangan itu berlaku Ahad lalu di bandar Las Tinajas di Michoacan, sebuah negeri barat yang dilanda keganasan akibat peperangan antara kartel dadah yang bersaing.

Pejabat peguam negara berkata, mayat 16 lelaki dan tiga wanita telah pun ditemui di tempat kejadian, semuanya mempunyai kesan tembakan.

Seorang mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, manakala lima lagi sedang dirawat akibat luka tembakan, katanya kemudian.

Pejabat keselamatan awam Michoacan berkata pihak berkuasa sedang berusaha untuk menjejaki mereka yang bertanggungjawab ke atas tembakan di tempat itu, yang digunakan untuk kegiatan sabung ayam, konsert dan tarian.– AFP

Seramai 19 orang terbunuh pada hari sebelumnya apabila lelaki bersenjata menceroboh masuk ke tapak tersebut, menurut pendakwa raya di negeri barat Michoacan. – AP