Thursday, March 27, 2025
29.6 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

20 individu ditahan dalam Operasi Ursa Heal 2

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MAC – Seramai 20 orang individu berumur antara 18 hingga 52 tahun telah berjaya ditahan berserta dadah sebanyak 19.33 gram syabu semasa Operasi Ursa Heal 2 di kawasan Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Bukit Beruang, Daerah Tutong, baru-baru ini.

Operasi yang melibatkan 164 orang anggota dari Biro Kawalan Narkotik (BKN) dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (JKDN) dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) itu merupakan operasi susulan yang telah dijalankan pada bulan Jun dan Julai 2024 yang lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh BKN, turut dirampas semasa operasi tersebut termasuk alat perkakas yang diubahsuai untuk menyalahgunakan dadah, satu unit telefon bimbit dipercayai digunakan dalam menjalankan aktiviti pengedaran dadah, peralatan dipercayai digunakan untuk membungkus dadah seperti alat timbangan digital, plastik lutsinar kosong dan gunting.

Sementara itu, salah seorang tangkapan akan turut disiasat di bawah Seksyen 3A, Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 atas kesalahan memiliki dadah terkawal bagi tujuan mengedar.

Jika sabit kesalahan dengan jumlah dadah yang dirampas, boleh membawa hukuman maksima 20 tahun penjara dan 15 sebatan dan hukuman minumum lima tahun penjara dan lima sebatan.

Antara dadah yang berjaya dirampas semasa operasi tersebut. – GAMBAR SERAHAN BKN
GAMBAR SERAHAN BKN
GAMBAR SERAHAN BKN

Beliau adalah tangkapan berulang dan mempunyai kes yang masih menunggu proses pendakwaan.

Hasil pemeriksaan di tempat kejadian juga telah menjumpai pelbagai barang tegahan, termasuk beberapa karton rokok, rokok elektronik (vape) dan jus vape.

Kes tersebut telah diserahkan kepada JKED untuk siasatan selanjutnya.

Operasi ini merupakan salah satu usaha BKN dalam pembasmian kegiatan jenayah dadah di kawasan RPN Kampung Bukit Beruang yang dikenal pasti sebagai salah satu hotspot jenayah dadah di Daerah Tutong.

BKN ingin menegaskan bahawa pihaknya akan terus menjalankan tugas-tugas pembanterasan dadah dengan menyasarkan pengguna dadah tegar yang telah menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan penduduk setempat.

BKN ingin menekankan pendirian toleransi sifar terhadap jenayah dadah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas sesiapa sahaja yang didapati terlibat dengan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda