Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 keluarga di Lumut, Serasa terima sumbangan

    Oleh James Kon-

    BELAIT, 3 APRIL – Dalam menyemarakkan lagi bulan Ramadan menerusi aktiviti-aktiviti amal, 13 kakitangan TotalEnergies EP (Brunei) BV (TEPB) baru-baru ini telah melancarkan acara pandu lalu amal dengan pengagihan barangan keperluan termasuk keperluan isi rumah kepada 20 keluarga di Mukim Lumut, Daerah Belait dan di Mukim Serasa, Daerah Brunei dan Muara.

    Acara itu adalah sebahagian daripada inisiatif program ACTION TotalEnergies sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan komitmen TEPB untuk memberikan kembali kepada masyarakat.

    Hadir bagi mengalu-alukan rombongan TEPB ialah Pemangku Ketua Kampung Lumut 1, Awang Taib bin Haji Salleh dan Pemangku Ketua Kampung Serasa, Awang Abdul Hamid bin Hj Zainin.

    Acara bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dan Kesyukuran oleh Ketua Komunikasi dan CSR TEPB, Awang Firdaus bin Razali.

    Kemudian, acara diteruskan dengan pengagihan bungkusan makanan, sumbangan wang dan majlis berbuka puasa.

    Antara tujuan acara amal itu adalah untuk membantu mereka yang memerlukan selain mengukuh-kan hubungan silaturahim antara syarikat dan masyarakat di Lumut dan Serasa.

    Gambar ramai penerima sumbangan bersama kakitangan TEPB semasa acara tersebut. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Kakitangan TEPB membawa barangan sumbangan ke kereta penerima. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda