Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    20 keluarga di Temburong terima sumbangan BTHMUI

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    TEMBURONG, 10 APRIL – Badan Tanmiah Harta Majlis Ugama Islam (BTHMUI), baru-baru ini telah selesai melaksanakan aktiviti Infak Ramadan sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka yang diadakan di Daerah Temburong.

    Dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan, BTHMUI telah menyumbangkan barangan asasi kepada 20 buah keluarga yang berdaftar di bawah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) di daerah tersebut.

    Antara lain tujuan acara itu diadakan adalah bagi menyemarakkan bulan Ramadan yang penuh berkat dengan melaksanakan kegiatan kesejahteraan sosial, selain mengurangkan beban keluarga yang kurang berkemampuan bagi membuat persiapan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Dengan adanya aktiviti itu, BTHMUI berharap agar ianya dapat memberikan manfaat kepada masyarakat yang memerlukan dan turut menyebarkan kebaikan serta kasih sayang pada bulan yang penuh berkat ini.

    BTHMUI semasa menyumbangkan barangan asasi kepada salah sebuah keluarga yang berdaftar di bawah MUIB di Daerah Temburong. – GAMBAR SERAHAN BTHMUI
    BTHMUI telah menyumbangkan barangan asasi kepada 20 buah keluarga yang berdaftar di bawah MUIB di daerah tersebut. – GAMBAR SERAHAN BTHMUI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda