Oleh Syahmi Hassan – BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Nextacloud, penyedia penyelesaian teknologi terkemuka, menunjukkan komitmennya terhadap tanggungjawab sosial dengan menghulurkan bantuan kepada penduduk yang kurang bernasib baik di Kampung Sungai Pandan semasa bulan Ramadan yang mulia ini. Sebanyak 20 buah keluarga telah menerima sumbangan barangan keperluan rumah daripada Nextacloud di bawah Projek #INFAQ1,

