Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Sebagai salah satu tanggungjawab sosialnya dalam menyokong inisiatif organisasi kebajikan di Negara Brunei Darussalam, Syarikat Intracorp Sdn Bhd telah menyumbangkan 20 kipas angin jenama Mistral kepada Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam sempena kempen Mistral Beat The Heat. Kempen bertujuan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada pusat berkenaan